Pesan Buat Kawan

Ada empunya Tuan Badan berkata
Lihatlah dunia , luas perjalanan yang harus kau tempuh
Mengapa kau harus jatuh , rebah di saat kau tahu
Betapa kuatnya kau
Betapa beraninya kau
Mengharung liku-liku hidup
Yang Tuhan engkau berikan

Kawan ,
Jika memang kau tidak berdaya
Jika memang kau tidak bertenaga
Jika memang kau putus asa
Ingatlah di saat kau di hina
Ingatlah di saat kau di caci
Ingatlah di saat kau di keji
Mereka jijik melihat engkau
Mengapa engkau membiarkan mereka ?

Kawan ,
Ingatlah di saat kau jatuh , rebah
Ingatlah bahawa Tuhanmu ada
Tuhanmu selalu ada
Tuhanmu sentiasa ada
Tuhanmu tidak pernah tidur
Tuhanmu sentiasa menemani engkau

Kawan ,
Bukan semua yang dikatakan MEREKA engkau telan
Bukan semua kata-kata mereka boleh dipercayai
Mereka lebih hina dari engkau
Mereka berani mengkeji engkau
Mereka berani berkata kesat kepada engkau
Tapi tahukah engkau ?
Banggalah dengan dirimu kawan

Di saat mereka melemparkan kata-kata begitu
Mereka sebenarnya iri hati
Mereka cemburu
Mereka buta dengan kemarahan
Mereka buta
Kerana mereka tidak seperti engkau
Yang berani , yang tabah , yang kuat
Mengharungi ombak dan badai yang menghentam engkau

Biarkan mereka
Buktikan kepada mereka bahawa mereka salah
Mereka silap
Engkau berhak buktikan kepada mereka
Engkau harus buktikan kepada mereka
Mereka harus tahu
Kata-kata mereka adalah senjata yang akan menusuk mereka
Di akhirnya

Lornena