Two In One but I Love You.
We all know on 11th May (every year) we celebrating Mother's Day .
Every day pun Mother's Day , oh well . When it comes macam nie , kita semua nak celebrate Mother's Day with our first Girlfriend dunia akhirat , Our Mama/Mommy/Mom/Ibu/Mak/Umi/Bonda and so on .
This entire today , I'm going to share with you about my first Girlfriend dunia akhirat my pretty Mother ----
Puan Hajah Nor Dania ; I called her Mama / Bundik :)
Perempuan yang cantik ini dilahirkan pada 10 May 1959.
Pernah berkahwin dengan bekas suaminya dahulu dan dikurniakan 5 orang cahaya matahari bulan purnama.
Bercerai ----- Dan ---
Berkahwin dengan seorang jejaka handsome yang pendiam --- My Papa
Dan mereka dikurniakan seorang Puteri yang sangat perasan bahawa dia comel
Nama diberi Lornena dengan nama panggilan yg manja Sayang/Princess
My mother had been through lots in her life . Di saat dia susah , dia jatuh , dia rebah , dia tak pernah putus asa . Kehidupan dan mahligai rumah tangga yang dibina utu dan kukuh sehingga sekarang sampailah my sisters and brothers all married nahhhh already .
Cukup details pasal Mama . Here we goes to our story now .
Mama memang businesswoman yang gigih mencari rezeki . Untuk besarkan kami , untuk bagi kehidupan yang selesa untuk kami . Kami tak pernah rasa susah , dan serba kekurangan . Semua lebih dari cukup sampai sekarang . Mama tak pernah membeza-bezakan kami . Semua masing2 dapat sama .
Pernah suatu saat , saya rasa saya akan kehilangan Mama . Sakit yang saya rasa hanya Tuhan yang tahu . Saya rasa macam nak gila bila jadi perkara tu . Selama beberapa tahun Mama berniaga , kami dikejutkan dengan kesihatan Mama . Semua bermula 2006 .
Hanya Tuhan yang tahu macam mana perasaan kami . Saya sayang Mama . Tak sanggup kehilangan .
Mama keluar masuk hospital . Asal cuti sekolahhh --- saya akan holiday di hospital . Saya tak kisah , asalkan saya dengan Mama .
Saya yang jaga Mama . Makan , minum , dia buang air kecil , air besar , mandi semua saya . Saya tak suka Nurse pegang Mama . Saya tak pasti kalau dia bersihkan Mama dengan betul . Tanggungjawan saya sebagai anak saya jalankan . Saya tak nak ada penyesalan dalam diri . Saya fikir tu ja . Mula-mula Mama disahkan dengan Thyroid di leher Mama yang semakin membesar . Kami redha .
Selepas Thyroid , Mama disahkan menghidapi kanser . Lymphoma Cancer & Stomach Cancer
Cukuppp cukupp . Kami jatuh , kami rebah , kami menangis , kami sedih bersama .
Anak mana tak sayang Mak .
Mama tabah walau ada doktor yang cakap Mama tak lama . Mama tabah , kuat .
Mama jalani hidup keluar masuk hospital , dengan rawatan semua .
Mula2 tu susah , tapi makin lama kami terbiasa . Macam routine harian kami dah .
Mama berpindah randah hospital .
Di Hospital Besar Klang , Mama kena opret . Selepas tu berpindah ke Hospital Putrajaya untuk opret leher for her Thyroid after that berpindah ke Hospital Ampang .
Mama menderita banyak , saya nampak di menderita . Saya ada sepanjang masa Mama sakit .
Kalau boleh saya nak gantikan tempat Mama .
Sebelum operation perut Mama -----
Saya masih ingat macam mana keadaan Mama . Tidur tak lena , makan tak berselera .
Tapi dia tabah . Wanita nie inspirasi saya . Terima kasih Mama .
Pernah satu masa , Mama meraung , menjerit sakit . Saya tak boleh buat apa .
Perasaan sakit hati saya nie --- Tak dapat gambarkan sakit yang Mama rasa macam mana .
Lama juga Mama di hospital sebelum operation .
Hospital dah jadi rumah kedua kami .
Kalau saya cerita semua tak tahu bila nak habis
Selepas operation , Mama transfer ke Hospital Putrajaya . Hampir 2 bulan kami kat sana .
Keadaan Mama teruk dah sangat kat sana . Berat badan Mama susut , tapi dia tetap tabah .
Kami berjauhan dengan Papa . Hampir setiap masa Papa call kami . Pada tahun tu , tahun kami "jatuh"
Mungkin Allah uji kami . Kami sabar , kami redha .
Terima kasih atas ujianMu
Allah takkan bagi kita ujian lebih dari kemampuan kita .
Kami berdua ja di hospital . Setiap hari . Malam saya kena berjaga .
Mama selalu mengigau ada orang cuba bunuh dia , cuba rampas sweater dia .
Doktor kata tu semua sebab ubat .
Saya kena berjaga waktu malam tapi kadang2 saya ternyenyak tidur . Hehe
Tak ada tempat tidur , maklumlah hospital , jadi saya kena tidur kat lantai hospital
Bayangkan lantai hospital tu sejuk . Aircond dia tak boleh turn off
Siang malam baju kami berlapis2 .
Hari yang ditunggu ---- Mama punya operation day .
Kali tu opret Thyroid . Lama jugak . Leher Mama besar sangat
Hampir 4-5 jam saya duduk di ruang menunggu .
Selepas di opret , saya di beritahu after 30 mins Mama dah siap .
Tapi ditempatkan di ICU sebab jantung Mama yang lemah
Ya Allah , bila saya masuk dalam ICU dan pergi ke ruangan Mama .
Saya tak dapat nak menahan sebak , saya menangis . Tapi saya tahan .
Mama kuat , saya tak nak dia lemah dengar saya menangis .
Mama comma 1 minggu .
Mama macam robot . Banyak wayar , mesin2 semua .
Hari pertama saya di sekolah menengah , saya pergi sendiri .
Masa tu Papa dan Mama di hospital Ampang untuk kimoterapi Mama .
Saya berjauhan dengan dorang . Jumpa pun hari Jumaat petang smpai Ahad .
Saya kena sekolah , tapi saya jadi kaki ponteng sebab saya tak rasa dunia menyebelahi saya .
Saya tipu Mama Papa , saya pergi sekolah . Minta maaf :(
Lama Mama Papa dekat Ampang , nak dekat 3 bulan . Sana zaman susahh paling susah saya rasa .
Mama hanya boleh baring , tak boleh duduk , tak boleh berjalan . Rambut Mama gugur , berat Mama surut . Mama jadi "Baby" kami balik . Papa jalankan tanggungjawab dia sebagai Suami .Giliran dia pula jaga Mama . Hari2 dia tengok Mama macam tu . Papa cakap Tuhan uji kami bertiga . Tak apa , kami kuat dan tabah untuk satu antara sama lain . Selepas Mama di keluarkan , Mama menjalani kimoterapi di hospital Klang . Giliran saya pulak jaga Mama .
Kami "jatuh" beberapa tahun . Kami bertiga berjaya harungi liku-liku hidup .
Terima kasih atas sokongan yang lain .
Alhamdulillah , Mama dah habis sesi kimoterapi , Mama dah naik berat balik , Mama dah boleh berjalan , buat kerja yang dia nak buat tapi pemeriksaan tetap ada .
Terima kasih Tuhan . Terima kasih atas Ujian Mu kepada kami . Terima kasih kerana masih mengekalkan Mama dengan kami . Saya bersyukur .
Mama , mama wanita tabah , Sumber inspirasi Princess . Terima kasih untuk semua yang Mama curahkan , Mama bagi dekat Princess . Princess sayang Mama dengan Papa .
Tak ada apa dapat gambarkan perasaan , kasih sayang Princess dengan Mama Papa .
Selamat Hari Jadi ke 55 tahun , Mama .
Selamat Hari Ibu , Mama
Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar Ibu di seluruh dunia
Sayangilah ibu kamu semua . Kita tak tahu apa yang jadi pada esok harinya .
Hargai dia sepertimana dia hargai kita , menjaga kita ibarat menatang minyak yang penuh
Mintak ampun maaf sentiasa kepada dia
Ciumlah , peluklah dia selalu
Akan ada satu saat , sang Pencipta akan menjemputnya Pulang ke pangkuanNya .
Lornena